Khas untuk Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab. Wahhabi, Syiah, La Mazhabi, Salafi Gadungan dan lain-lain, anda mungkin tersinggung, eloklah cari blog lain, melainkan jika anda mencari kebenaran
BERKATA IMAM ALI RADHIALLAHU ÁNHU : "SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA MENJADIKAN ARASY ADALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAANNYA BUKAN UNTUK MENGAMBILNYA (ARASY) SEBAGAI TEMPAT BAGI ZAT-NYA.Al-Farqu Bainal al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdady, ms:333
ASSHOWA'IQ AL-ILAHIYYAH FIR RODDI 'ALA AL-WAHHABIYYAH
Karangan Al-Alim Allamah AL SYEIKH Sulaiman Bin Abd Wahhab. SEJARAH RINGKAS AJARAN AL-WAHHABIYYAH : Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H yang mendorong pengikut2nya mengkafirkan Umat Islam dan menghalalkan darah mereka.YA.. Sudah pasti mereka yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri. Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada Umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama'-ulama' Islam dan lebih menjurus kepada pengkafiran Umat Islam.Dengan itu, terbitlah 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman Sendiri yang berjudul: “ Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”dan “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab”..
DALIL DARIPADA AL-QURAN ALLAH TIDAK SEUMPAMA SEKALI-KALI DENGAN MAKHLUK
ALLAH TAALA BERFIRMAN YANG BERMAKSUD " (ALLAH) TIDAK SEKALI-KALI SAMA DENGAN MAKHLUK, DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT " SUCI ALLAH TAALA DARIPADA SIFAT MAKHLUK DARIPADA SEMUA SEGI,TIDAK BERJISIM,TIDAK MEMERLUKAN TEMPAT, TIDAK SEKALI-KALI BERANGGOTA, TIDAK MEMPUNYAI ARAH (ATAS BAWAH, KIRI KANAN, DEPAN BELAKANG MAHUPUN DI TENGAH, BUKAN DILUAR ALAM DAN BUKAN DI DALAM ALAM,TIDAK TERPISAH DENGAN SESUATU, TIDAK JUGA TERLEKAT DAN BERSENTUH PADA SUATU.. ALLAH MAHA SUCI DARIPADA SEMUA SIFAT MAKHLUK..
Pesanan Mufti
Syaikh 'Abdullah Fahim
Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Pesanan Syaikh `Utsman
Syaikh `Utsman Jalaluddin
Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud."Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhidan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan