BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 29 November 2009

Maqam Junjungan SAW

Puak Wahabi telah melarang berdoa dengan menghadapkan muka kepada maqam Junjungan Nabi SAW. Mereka bukan sahaja mengharamkan perbuatan tersebut tetapi menghukumkannya sebagai satu kesyirikan. Mereka juga allergic mendengar para pencinta Utusan Allah yang menjadi rahmat bagi sekalian alam menyeru nama baginda yang mulia. Mereka melarang umat untuk menyeru Nabi dengan ucapan: "Ya RasulAllah", atau "Ya Nabi" atau "Ya Muhammad". Bahkan nida` atau seruan "Ya Muhammad" yang sekian lama tertulis di pintu maqam Junjungan Nabi SAW yang bergandingan dengan seruan kepada Allah Yang Maha Esa, telah diubah dengan dibuang "ya nida`"nya secara memotong huruf "ya" tersebut. Ikhwah boleh lihat perubahan tersebut sebagaimana gambar di bawah. Tidak cukup dengan perubahan tersebut, maka kini tulisan nama Junjungan Nabi SAW yang bergandingan dengan nama Rabbul 'Izzah tersebut telah dihapuskan samasekali dan diganti dengan "Ya Maajid", dan "Ya Maajid" dipilih agar perbuatan tersebut tidak disedari oleh para penziarah kerana gaya penulisannya hampir sama dengan "Ya Muhammad". Walaupun perkara ini bukanlah satu kesalahan, tetapi adakah meletak atau membiarkan seruan "Ya Muhammad" di pintu maqam Junjungan Nabi SAW itu satu kesalahan yang perlu diubah? Apa motif sebenar puak-puak badwi penjajah dari gurun Nejd ini?


(Gambar Maqam Junjungan Sebelum Diubah)

(Gambar Maqam Junjungan Selepas Diubah)

Beradab Dalam Berbeza Pendapat

KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi.

Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok 'agamawan reformis' atau digelar juga 'progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut 'pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.

Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada 'minda tajdid', atau mengemudi 'bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti 'kembali kepada al-Quran dan Sunnah', atau 'mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.

Apa yang ingin digambarkan oleh kelompok 'mujaddid palsu' ini ialah selama ini amalan masyarakat kita kononnya tidak mengikut al-Quran dan Sunnah; nenek moyang dan ibu bapa kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya; masyarakat kita banyak melakukan amalan bidaah sesat, bahkan turut mempertikaikan mengikut mazhab kerana katanya di zaman Nabi SAW dulu tiada mazhab lalu kenapa kita harus mengikut mazhab hari ini.

Tiada salah untuk melakukan pembaharuan malah ia dituntut apabila masyarakat menjadi semakin jauh dari amalan murni Islam yang sebenar lalu mencampur-adukkan dengan amalan khurafat dan bidaah sesat. Bahkan ada hadis dari Abu Hurayrah r.a., yang menyebut bahawa Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun untuk ummah ini orang yang memperbaharui agamanya. (Sunan Abu Dawud)

Namun apa yang mengecewakan ialah apabila golongan-golongan ini bukannya 'memperbaharui' agama daripada perkara-perkara khurafat dan bidaah sesat, sebaliknya membongkar perkara-perkara khilafiyyah yang telah disepakati para ulama silam sejak ratusan tahun lalu untuk bersetuju berbeza pendapat (agree to disagree).

Kesan pembongkaran itu hanyalah menimbulkan keresahan dan keraguan di kalangan masyarakat sehingga membawa kepada perpecahan sesama sendiri.

Perkara-perkara khilafiyyah yang wujud dalam amalan mazhab-mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah seperti membaca qunut Subuh, keadaan jari telunjuk ketika tasyahhud perlu digerakkan atau tidak, berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, dan seumpamanya tidak mungkin dapat diselesaikan hari ini jika dahulu pun tidak mampu diselesaikan oleh alim-ulama yang ratusan kali ganda lebih hebat daripada ulama-ulama hari ini dan lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan generasi Salaf.

Menyedari hakikat bahawa perbezaan pendapat para ulama itu tidak dapat dielakkan khususnya dalam hal-hal ranting yang terperinci dalam ibadat, maka para ulama usul telah merumuskan bahawa "kebenaran dalam perkara ranting (furuk) itu berbilang-bilang." Ia suatu hakikat bahawa kebenaran dalam perkara bersifat 'cabang-cabang' Islam ini tidak mampu untuk diseragamkan menjadi satu walaupun ribuan ulama telah mencubanya sejak sekian lama.

Lalu selama kita mengikuti pandangan majoriti ulama (al-sawad al-a'zam) iaitu para imam mazhab empat dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka insya-Allah kita berada di atas landasan dan jalan yang benar.

Renunglah nasihat para ulama silam dalam mengambil sikap beradab apabila menangani perbezaan pendapat dengan menekuni karya-karya mereka yang banyak berhubung dengan adabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis: Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain. (al-I'tisom 2/191)

Selain tidak beradab dalam menangani perbezaan pendapat, golongan reformis agama ini juga mendakwa bahawa Islam yang sebenar ialah dengan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya mengikut mazhab.

Bunyinya menarik dan benar tetapi sebenarnya penuh dengan kebatilan dan kepalsuan seperti mana yang sering diungkapkan "kalimatul haq yuridu biha al-batil".

Mereka secara tidak langsung menyeru masyarakat menjadi 'bebas mazhab' (al-la madhabiyyah) suatu aliran yang dianggap 'bidaah' paling bahaya yang menentang syariat Islam seperti mana ungkapan Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya al-la Madhhabiyya Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu al-Shari'at al-Islamiyyah (Bebas Mazhab Bid'ah Paling Bahaya Menyalahi Syariat Islam).

Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal dunia 795H/1393M) telah lama menentang aliran ini menerusi kitabnya Radd 'ala man Ittaba'a Ghayr al-Madhahib al-Arba'ah (Sanggahan Terhadap Mereka Yang Tidak Mengikut Mazhab Empat).

Kita perlu faham bahawa apabila disebut 'mengikut mazhab' bukanlah bermakna taksub kepada pandangan akali para Imam-Imam mazhab, kerana pandangan mereka itu juga sebenarnya didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan mazhab itu sendiri bukanlah pandangan sosok tubuh seorang individu atau Imam mazhab semata-mata.

Mengikut mazhab Shafie bukan bermaksud mengikut pandangan Imam Shafie seorang diri sahaja, tetapi ia melibatkan sekumpulan para alim ulama yang mengikut kaedah mengistinbatkan hukum berdasarkan kaedah dan kriteria Imam Shafie.

Adalah tidak benar seperti apa yang cuba dimomokkan oleh kelompok agamawan reformis ini bahawa mengikut mazhab itu seolah-olahnya tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Terlalu dangkal jika kita berfikiran begitu dan terlalu hina kita meletakkan taraf keilmuan para imam-imam kita dan ulama mazhab yang menghabiskan usia menjadi penyuluh kegelapan umat dengan menelaah al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab saban waktu tanpa jemu.

Hidup mereka dipenuhi dengan ilmu dan pengajian sehingga ada ulama silam yang walaupun ketika sedang makan masih tetap menelaah kitab-kitab, sedangkan hidup kita penuh dengan bersenang-lenang dan berseronok-seronok.

Adalah amat mengecewakan apabila kita dapati ungkapan-ungkapan menghina para ulama silam dan dilontarkan bersahaja tanpa rasa bersalah bahkan dengan cukup biadab sekali sama ada dalam tulisan di dada-dada akhbar mahupun pada ceramah-ceramah.

Ini bukanlah bermaksud mengatakan bahawa para ulama itu maksum dan tidak melakukan kesalahan, tetapi pendekatan menghina itu tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi oleh golongan agamawan sendiri.

Kesimpulannya, kelemahan para ulama bukanlah untuk didedahkan kepada masyarakat umum apatah lagi untuk dijadikan bahan ditertawakan kerana tiada sekelumit manfaat pun yang diperolehi dengan pendedahan sebegitu melainkan 'mengajar' masyarakat bersikap biadap terhadap para ulama silam.

Kita harus ingat bahawa kita juga ulama dan apabila kita 'mengajar' masyarakat awam biadap terhadap para alim-ulama silam dan tidak menghormati mereka, kita jangan terkejut jika masyarakat juga akan bersikap biadap terhadap kita selaku ulama suatu hari kelak'.

Jumaat, 6 November 2009

WAHABI

Saudara,

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berqunut Subuh;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil arwah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;
kita bermusuh denganWahhabi,
bukan kerana dia tak nak bermawlid;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat "usholli";
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Tarawih 20 rakaat;
kita bermusuh dengan Wahhabi bukan kerana dia Wahhabi;
TAPI;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi memusuhi kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita ahli bid`ah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita khurafat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita tak ikut Qur`an dan Sunnah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi halalkan darah kita kerana kita sudah syirik;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi biadap dengan ulama-ulama kita;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman tanpa cemohan;


WAHAI WAHHABI, LANA A'MAALUNA
WA LAKUM A'MAALUKUM.
WAHAI WAHHABI, BAGI KAMI AMALAN KAMI
DAN BAGI KAMU AMALAN KAMU

Jumaat, 30 Oktober 2009

عقيدة الأزهر


وردا على سؤال آخر من أحد الحضور جاء فيه: "بعض الناس يطعن في عقيدة الأزهر الشريف، فما رد فضيلتكم على هذا الكلام؟"

قال الشيخ القرضاوي بنبرة استفهام ساخرة: "عقيدة الأزهر الشريف؟!"

ورأى أن من يقول ذلك "فهو يطعن في الأشعرية"، وتابع: "ليس الأزهر وحده أشعريا.. الأمة الإسلامية أشعرية.. الأزهر أشعري والزيتونة أشعري والديوباندي (بالهند) أشعري وندوة العلماء أشعرية ومدارس باكستان أشعرية.. وكل العالم الإسلامي أشعرية".

وأشار إلى أنه حتى الأشعرية موجودة بالسعودية التي تعد مركز السلفية الوهابية، وقال: "السلفيون مجموعة صغيرة، حتى إذا قلنا السعودية فليس كل السعودية سلفيين، فالحجازيون غير النجديين غير المنطقة الشرقية غير منطقة جيزان وهكذا".

وأضاف: "فإذا أخذنا بالأغلبية، فإن أغلبية الأمة أشعرية.. هذه كلها اجتهادات في فروع العقيدة، والكل متفق على شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمد رسول الله وعلى النبوة في الإيمان بالله وكتبه ورسله وفي اليوم الآخر".

وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا".




Maksudnya:

Dalam pada menjawab soalan lain daripada salah seorang yang hadir yang bertanya: “Sebahagian manusia mentohmah aqidah Al-Azhar As-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) itu?” Maka Sheikh Al-Qaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub: “Aqidah Al-Azhar As-Syarif?!”


(Beliau berkata) “
Saya lihat orang yang berkata sebegitu adalah orang yang mengkritik (aqidah) Al-Asya’irah”. Seterusnya beliau berkata: “Bukan Al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asy’ari. Ummah Islamiyyah adalah Asya’irah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asy’ari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asy’ari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asy’ari. Nadwah Al-Ulama’ beraqidah Asy’ari dan Sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asy’ariyyah. Seluruh Dunia Islam Asy’ari (beraqidah Asy’ari)”.


Sheikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan wujudnya golongan Al-Asya’irah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata: “Salafiyyun (Wahhabiyyah) hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi (sebagai Salafi wahhabi), namun bukan seluruh Saudi itu Salafi (Wahhabi). Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama’ mereka masih Al-Asya’irah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Najd. (Ahli Najad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya…”

Beliau menambah: “Kalau nak dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah Al-Asya’irah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu’ Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasulNya dan beriman kepada Hari Akhirat”.

Lalu beliau mengingatkan secara tegas: “Khilaf ini (manhaj Al-Asya’irah) tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa!” [Islamonline.net oleh Ahmad ‘Atho’ bertajuk: القرضاوي: لا فتوى لشلتوت بالتعبد على "الجعفري]

Sumber : Ustaz Mukhlis

Khamis, 29 Oktober 2009

Makna Hadith Nabi : "Semua Masuk Neraka Kecuali Satu"

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

"Semua masuk neraka kecuali satu"
Apakah mereka yang masuk neraka itu akan kekal di dalamnya ataukah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan..?

Apabila kita berpendapat bahawa mereka akan kekal dalam neraka maka pendapat ini hanya berlaku untuk orang-orang kafir yang belum tersentuh hatinya dengan iman kerana yang kekal dalam neraka itu hanyalah orang-orang musyrik sesuai dengan ijmak berdasarkan firman ALlah subahanahu wa ta'ala :

إن الله لا يغفر أن شرك به و يغفر ما دون ذالك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افتر إثما عظيما

Ertinya : "Sesungguhnya ALlah tidak akan mengampuni dosa berbuat syirik tetapi mengampuni dosa selain yang demikian. Barangsiapa yang berbuat syirik terhadap ALlah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar"
(Surah An Nisa' : 48)

Sekiranya kenyataan seperti ini maka bagaimana mungkin kita boleh mengutamakan dari tubuh umat Islam yang besar ini satu kelompok yang mengaku dengan Firqah Najiah di mana kelompok itu sahaja yang selamat dari kekal di dalam neraka sedangkan kaum Muslimin yang lain - sesuai dengan pengakuan mereka akan kekal semuanya dalam neraka? Padahal mereka itu adalah orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah menghukumkan mereka sebagai ahlul jannah dan termasuk orang-orang yang selamat (dari kekal dalam neraka) ? Di dalam sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "


Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله

Ertinya : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"


Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"


Dalam sahih Ibnu Hibban hadith no 169 dari Abi Dzar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata : Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam :
Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga". Aku bertanya: "Wahai RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam walaupun dia telah berzina dan mencuri?" RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab: "Walaupun dia telah berzina dan mencuri".


Dalam Mustadrak al Hakim hadith no 7638 disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة ووجبت له الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga dan itu adalah pasti".


Ibnu Hibban mengeluarkan dalam sahihnya hadith no 3004 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله فإنه من كان اخر كلمته لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة وإن أصابه قبل ذالك ما أصابه

Ertinya : "Ajarilah orang-orang yang akan mati di antaramu kalimah La ilaha illaLlah kerana barangsiapa yang akhir ucapannya di ketika mati adalah La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga walaupun sebelumnya dia banyak melakukan dosa kesalahan"


Hadith yang seperti ini juga dikeluarkan oleh al Hakiim dalam al Mustadrak pada hadith 1299, Abu Daud dalam sunannya pada hadith no 3116 dan at Turmuzi dalam sunannya hadith no 977.

Sesudah memerhatikan beberapa hadith di atas maka bagaimana mungkin mereka yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLlah itu kita hukumkan sebagai orang-orang yang kekal dalam neraka kerana beranggapan bahawa mereka itu bukan termasuk Firqah Najiah - menurut persangkaan mereka?

SubhanaLlah, ini adalah kebohongan yang nyata dan penolakan terhadap hadith-hadith sahih serta satu kebohongan terhadap riwayat-riwayat yang mutawattir.

Jika mereka berpendapat bahawa makna dari : "Semua mereka masuk neraka kecuali satu (golongan) sahaja" adalah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan darinya maka saya bertanya: "Dari mana mereka yang mengaku dirinya sebagai Firqah Najiah itu mengetahui bahawa kelompok mereka tidak akan diazab oleh ALlah dan bahawa mereka akan masuk syurga tanpa hisab padahal ketetapan perkara ini harus menggunakan wahyu dan wahyu sudah terputus..?

ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Ertinya : "Katakan (wahai Muhammad): "Datangkanlah bukti-bukti kamu jika memang kamu orang-orang yang benar
(Surah al Baqarah : 111)

ALlah subahanahu wa ta'ala juga berfirman :

وقالو لن تمسنا النار إلا أياما معدودة قل أتخذتم عند الله عهدا فلن يخلف الله عهده أم تقولون على الله ما لا تعلمون

Ertinya : "Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari sahaja". Katakanlah : "Sudahkah kamu menerima janji dari ALlah sehingga ALlah tidak akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap ALlah apa yang kamu tidak ketahui?"
(Surah al Baqarah: 80)

Jika ucapan ALlah subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang Yahudi sedemikian kerasnya padahal mereka tidak pernah menghukum keadaan ummat lain di akhirat nanti - melainkan kesalahan terbesar mereka terletak pada keyakinan bahawa diri mereka akan dikeluarkan dari neraka sesudah melewati beberapa hari sahaja tanpa ada pemberitahuan kepada mereka dari ALlah subahanahu wa ta'ala - lalu bagaimana dengan keadaan satu kelompok yang meyakini bahawa diri mereka pasti akan masuk syurga sedangkan kelompok lain yang juga bertauhid dan beriman serta mengucapkan dua kalimah syahadah adalah penghuni neraka lantaran dosa-dosa yang mereka perbuat.. ?

Padahal kita semua mengetahui bahawa dosa itu bagaimana besar dan banyaknya tetap sahaja urusannya itu kembali kepada ALlah subahanahu wa ta'ala.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kenapa Wahhabi? Siapakah Wahhabi?

Adakah seseorang dilabel sebagai wahabi kerana mereka:

1) Tidak qunut subuh?

2) Tidak melakukan tahlil arwah?

3) Tidak menyambut maulid?

4) Tidak melakukan amalan talqin?

5) Menolak sunnah thoriqah?

6) Tinggal dan belajar di saudi?

7) Menolak kewajipan bermazhab ?

Maka saya katakan, Ya Syeikhul Fattan, seorang itu dipanggil WAHABI kerana :


1) Mentasybih dan Menjisimkan Allah Taala dengan makhluk-Nya. Seperti kata setengah golongan wahhabi : Allah duduk bersemayam di atas arasy, ataupun yang mengatakan Allah duduk di atas arasy tapi kononnya tidak sama macam makhluk.

Puak-puak ni mengatakan : Kalau Allah tidak berhajat kepada tempat, ini menafikan kewujudan Allah!


Saya katakan : Subhanaka haza buhtanun 'azhim! Sebagaimana diitsbatkan kewujudan Allah Taala sebelum dijadikan mana-mana tempat Allah wujud tidak bertempat, begitu juga setelah Allah Taala menjadikan tempat Allah wujud tanpa bertempat, dulu kini dan selama-lamanya. Ini tidak menafikan kewujudanNya. Tuan-tuan, gologan wahhabi ini mereka tidak menerima sekali-kali Allah ini wujud jika tiada bertempat.


2) Mengkafir umat Islam secara keseluruhannya.


Wahabi ini menuduh umat Islam Salaf dan Khalaf yang bertawassul dengan para nabi atau sahabat ,tabiin dan wali –wali Allah yang soleh ADALAH kafir.


Dengan ini mereka mendustakan HADITS SOHIH yang diriwayat para ulamak muhaddithin seperti :


1) Imam Al-Hafidz Thobroni dalam "Mu’jam Kabir"dan "Mu’jam soghir" dan mensohihkan hadis tawassul tersebut.

2) Imam Syeikhul Islam As-Subky di dalam kitab "Syifa-us-Saqam".

3) Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi di dalam kitabnya "Dala-il An-Nubuwwah" dan kitab Syu’ab al-Iman.

4) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani. Beliau menyebut cerita tentang lelaki yang datang kepada kubur Nabi Sollallahu 'Alaihi Wassallam lalu bertawassul dengannya. Ibn Hajar Mensohihkan sanad hadis ini di dalam kitab Fathul Bary jilid 2 m/s 495.

5) Imam Al-Hafidz Al-Dimyathi.

6) Imam Al-Hafidz Abu Al-Hasan Al-Maqdisy.

7) Syeikh Huffaz Al-Hafiz 'Iraqy.

8) Imam Al-Hafidz Al-Darulqutny.


9) Imam Al-Hafidz Nawawi.

10)Imam Al-Hafidz Imam Al-Nasai’.

11) Imam Al-Hafidz Al-Lughawi Murtadha Az-Zabidi Al-Hasani.

12) Ibn Sunni di dalam " ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah".

13) Amir Mukminin dalam bidang hadis, Imam Al-Bukhari dalam "adab al-mufrad".

14) Imam Al-Hafidz Tirmizi.

15) Al-Hakim Abu Abdillah di dalam kitabnya " Mustadrak". Beliau menyebut hadits bertawassulnya Nabi Adam dengan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi wassallam serta mensohihkan hadits tersebut.


16) Imam Al-Hafidz Jalaluddin As-Suyuty dalam kitabnya "Khaso-is Al-Qubra". Beliau menyebut tentang hadits tawassulnya Nabi Adam.


17) Imam Al-Hafidz Abu Al-Farraj Ibn Jauzy di dalam karyanya "Al-wafa' ".


18) Imam Al-Hafidz Al-qadhi 'iyadh dalam kitabnya " As-Syifa' Fit Taa'rif Bi Huquqil Mushthofa Sollallahu 'Alaihi Wassallam". Beliau menyebut keharusannya pada bab Ziarah dan juga pada bab kelebihan Nabi Sollallahu 'Alaihi Wassallam.


19) Imam As-syeikh Nuruddin Al-Qory yang terkenal dengan gelaran Mulla 'Ali Qory di dalam syarahnya terhadap kitab Syifa'.


20) Imam Al-Hafidz Al-Qoshtholany di dalam kitabnya "Al-Mawahibul Ladunniyyah" pada bahagian awal kitabnya.


21) Al-Allamah As-Syeikh Muhammad 'Abdul Baqiy Al-Zarqany dalam syarahnya pada kitab Al-Mawahib (jilid 1 m/s 44).


23) Imam Syeikhul Islam Abu Zakaria Yahya An-Nawawi di dalam Kitabnya " Al-i-dhoh" pada bab yang ke 6 m/s 497)


24) Al-Allamah As-Syeikh Ibn Hajar Al-Haitamy dalam "Hasyiah 'Ala Al-i-dhoh", m/s 499. beliau membincangkan keharusan bertawassul secara khusus di dalam bab yang di namakan " Al-Jauhar Al-Munazzhom".


25) Imam Al-Mufassir Abu 'Abdullah al-Qurthuby di dalam tafsirnya pada Jilid yang ke 5 m/s 265.


Antara sahabat yang bertawassul dan meriwayat hadis- hadis ini :


1) Abdullah Ibn 'Umar


2) Uthman Bin Hunaif


3) Bilal bin Harits


Adapun pandangan Al-Albaani yang mengatakan hadis ini dhoif tidaklah boleh diterima kerana dia tidak pernah sampai ke martabat Al-Hafiz atau Muhaddits maupun Musnid, jauhnya seperti langit dan bumi.


Bahkan bila kita teliti pandangan wahhabi yang mengatakan tawassul ini syirik, mereka sebenarnya mendustakan dan MENGKAFIRKAN penghulu kita Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassallam yang mengajar doa tawassul ini :


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي


Adakah nabi Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassallam mengjar kepada kita suatu doa yang membawa kepada syirik??


Saya katakan : Subhanaka haza Buhtanun 'Adzim!!


HADIS TAWASSUL


Sesungguhnya At-Thabrani dan al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang mengadukan halnya kepada Sayyidina Utsman bin Affan dizaman pemerintahannya, tetapi Saiyyidina Utsman tidak berpaling kepadanya dan tidak memandang kepada hajat yang diperlukannya [kerana kesibukan]. Lelaki itupun berlalu dan mengadu pula kepada Utsman bin bin Hunaif tentang hal itu. Mendengar hal itu, Utsman bin Hunaif pun berkata kepadanya: Kalau begitu pergilah kamu ke tempat berwudhu dan berwudhulah, kemudian datangilah masjid dan bersholatlah. Lepas itu berdoalah:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ، فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي


Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dan aku menghadap kepadaMu melalui nabiMu yang penuh kasih sayang, Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap [hajatku] dengan [perantaraan]mu kepada Tuhanku agar diperkenankan bagiku hajatku. Dan engkau sebutlah hajatmu. Lelaki itupun berlalu dari situ dan melakukan suruhan tersebut.Kemudian dia datang ke pintu rumah Sayyidina Utsman . Tiba-tiba datang seorang penjaga pintu lalu menarik tangannya masuk kedalam dan didudukkan bersama-sama Saidina Utsman . Sayyidina Utsman berkata: Sebutlah hajatmu itu. Lalu lelaki itupun menyebut dan akhirnya Sayyidina Utsman pun menunaikan hajatnya. Sayyidina Utsman bertanya lagi: Kalau kamu mempunyai hajat lagi, sebutlah.Selepas itu lelaki itupun keluar lalu menemui Utsman bin Hunaif dan berkata kepadanya: Moga-moga Allah membalas jasamu dengan kebaikan. Tidaklah ia memandang kepada hajatku sehingga engkau mengajarkan kepadaku. Ibn Hunaif lantas menjawab: Demi Allah, tidaklah aku mengajarmu, tetapi sebenarnya aku telah menyaksikan bahwa Rasulullah ketika didatangi oleh seorang buta mengadu akan hilangnya penglihatannya ………. (hingga akhir hadits .. Maka ini adalah tawassul dan seruan selepas wafat Rasulullah.


Syeikhul Takfir


Siapakah syeikhul takfir ini sebenarnya ? Kenapakah disembunyi identitinya?..


Untuk menjawab soalan ini,mari kita lihat bukti yang didedahkan oleh ulamak-Ulamak bahawa Muhammad Bin Abdul Wahhab inilah sebenarnya Syeikhul Fattan dan Syeikh Takfir.

  • Mengkafirkan ulama najd, lihat Al-Durar m/s 10,15.

  • Mengkafirkan ulama mazhab hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya,lihat Al-Durar m/s 10,13.
  • Muhammad Bin Abdul Wahhab kafirkan orang perseorangnan. Antaranya dia mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim mazhab hanbali),lihat Al-Durar m/s 10,64.

  • Mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114) (118,117,119) beliau mengatakan bahawa mereka lebih kafir dari Yahudi Dan Nasoro.

  • Mengkafirkan penduduk makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7.

  • Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam knyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : "Dia (Ibn 'Arabi) lebih kufur dari firaun sesiapa yang tidak mengkafirkannya , maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya."

  • Mengkafirkan Imam Al-Razi pengarang kitab tafsir yang masyhur, tafsir al-kabir.Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini dia sandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab "Iqtidho’ As-Sirot Al-Mustaqim". Tetapi apabila ulamak merujuk dakwaan kenyatan ini ,ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.

  • Mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi lihat Al-Durar 2/45.

  • Dia mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam mazhab adalah usaha yang kufur,lihat Al-Durar 2/59.

  • Mengkafirkan ulama kalam (ulamak usuluddin). Dia berkata ’ulama’ telah ijmak mengkafirkan ulamak kalam. lihat Al-Durar 1/35.

  • Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk riyadh, tarikh najd tulisan Husain Bin Ghannam m/s 137-138, Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut " tidak ada dari seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah".

Golongan wahabi


1. Mengkafikan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan (wahhabi) berkata: " Pengikut Al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah”. Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, m/s 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’ di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman tidak ketinggalan mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid m/s 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh.


2) Mengkafirkan mereka yang menyebut selawat syifa’ ,Ibn Bazz (wahhabi) berkata : " lafaz selawat ini adalah syirik". Rujuk kitab "Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid" , Karangan Muhd Jamil Zainu, m/s 83,89, Cetakan Darul Fatah.


3) Mengkafirkan saiyyidah Hawwa.


4) Mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab " Majmu’ Al-mufid Min 'Akidah Tauhid" ,m/s 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr Riyadh. Nash kata-kata mereka ialah : ”perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi YAHUDI, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi".


5) Mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa dengan makna istaula di dalam kitab mereka "Halaqaat Mamnu’ah ", Tulisan Husam Al-Aqod ,Cetakan Darus Sahabah ,Tonto.


6) Mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: " Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang yahudi ". rujuk kitabnya " Tahzir minal Bida’ah", m/s 5, Cetakan Riyadh Saudi.


7) mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin,berkata abu bakar al jazai iri, di dalam kitab aqidatul mukmin m/s 144’ tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarksan mereka dari islam dan berkekalan dalam neraka.’


8) Wahabi mengkafirkan Ibn Hajar Al-Asqolany dan Imam Nawawi dalam kitab mereka " liqa’ babil maftuh".

9) Wahabi mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya’. Ibn Bazz berkata: " istighasah dengan nabi –nabi adalah syirik". Rujuk kitabnya " 'akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha", m/s 22, Cetakan Darul Watan Riyadh.


10) Wahabi mengkafirkan mereka yang mengucapakan "good morning" and "good night", dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak yahudi di dalam kitab mereka "Akhtho’ Sya’i’ah", Karangan Muhd Zainu, m/s 67.


11) Mengkafirkan penduduk Islam di Hijaz dan Yaman , berkata Ibn Bazz: " telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dari Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur."


12) Mengkafirkan penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn 'Arabi. Rujuk ta’liq Ibn Bazz pada kitaq "Fathu Majid", m/s 217, Cetakan Darul Aulaanah.


13) Mengkafirkan penduduk Islam di Mesir.Wahhabi mengatakan bahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab "Fathul Majid" m/s 206, Cerakan Aula Nahi.


Islam vs Liberal


Berkata Mohd Asri Bin Zainul 'Abidin, Mufti Al-Kazzab di dalam Majalah I m/s 33: " sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh di cari hanya beberapa klik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir , jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan islam itu dengan mengizinkaN kepelbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan.”


Sekira maklumat yang Asri sebarkan itu jelas penipuan dan pengkhianatan...adakah asri nak mengatakan ianya ilmiyah dan berfakta...??

LIHAT BETAPA lIBERALNYA MUFTI AL-FATTAN INDERA KAYANGAN..!!


Jumaat, 16 Oktober 2009

H1N1. Satu Konspirasi Dari Pihak Kapitalis?

Ada Kemungkinan! Bacalah untuk pengetahuan ! Itu sahaja yang boleh diungkapkan..


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan: - Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat, - Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial, - Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia. Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability. International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat. Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis. Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong! Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini. Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger. Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku. Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID \
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.Beliau juga Adalah Ayah Sayyid Muhamad Al-maliky

IMAM ABU HANIFAH TOLAK WAHHABI?

7 November, 2007

IMAM ABU HANIFAH TOLAK WAHHABI?



( DIATAS ADALAH KENYATAAN IMAM ABU HANIFAH DALAM KITAB WASIAT BELIAU PERIHAL ISTAWA )

AKIDAH IMAM ABU HANIFAH (ulama As-Salaf sebenar)


Imam Abu Hanifah (w150h) merupakan ulama Islam yang dikategorikan sebagai ulama Salaf iaitu yang hidup sebelum 300H. Beliau merupakan ulama Islam yang hebat dan cukup mementingkan ilmu akidah. Inilah keutamaan para ulama Islam memastikan ilmu akidah Islam sebenar tersebar luas moga-moga dengan itu ilmu Islam yang lain lebih tersusun dengan benarnya akidah yang dibawa oleh para pendakwah.

IMAM ABU HANIFAH NAFIKAN SIFAT BERTEMPAT/DUDUK/BERSEMAYAM BAGI ALLAH.

Perkataan ‘semayam atau bersemayam’ lebih membawa erti yang tidak layak bagi Allah iaitu duduk atau bertempat. Sifat duduk dan bertempat merupakan sifat yang dinafikan oleh para ulama kepada Allah kerana ianya bukan sifat Allah.
Maha suci Allah dari sifat duduk atau bertempat.
Istawa apabila disandarkan kepada Allah sebaiknya diterjemahkan dengan mengunakan kaedah “tafsir ayat dengan ayat” kerana itu merupaka kaedah yang disepakati keutamaannya oleh seluruh ulama Islam.

Apabila Istawa datang dengan makna Qoharo iaitu menguasai dan pada waktu yang sama Allah juga menyifatkan diriNya dengan Qoharo maka tidak salah sekiranya Istawa disitu diterjemahkan dengan Menguasai kerana sudah dan pastinya Maha Menguasai itu adalah sifat Allah.
Manakala duduk atau bersemayam yang bererti mengambil tempat untuk duduk maka itu sudah pasti BUKAN sifat Allah.

Penyelesaian bagi pergaduhan bersejarah tentang makna ayat tersebut pengubatnya adalah dengan menolak zahir maknanya dan tidak mentafsirkan dengan sifat duduk atau bertempat kerana tiada dalil sahih dari Al-Quran mahupun Hadith menyatakan Allah itu bersifat duduk mahupun bertempat.

Ulama Islam mengthabitkan sifat Istawa bagi Allah tanpa menetapkan tempat bagi Allah. Begitu juga mereka menetapkan bagi Allah sifat Istawa dalam masa yang sama menafikan erti bersemayam/duduk bagi Allah.
Perkara ini telah dijelaskan secara nasnya (teks) oleh Imam As-Salaf sebenar iaitu Imam Abu Hanifah sendiri telah menafikannya sifat duduk/bersemayam dan menafikan sifat bertempat atas arasy bagi Allah.

IMAM ABU HANIFAH TOLAK AKIDAH SESAT “ ALLAH BERSEMAYAM/DUDUK/BERTEMPAT ATAS ARASY.
Demikian dibawah ini teks terjemahan nas Imam Abu Hanifah dalam hal tersebut ( Rujuk kitab asal sepertimana yang telah di scan di atas) :

“ Berkata Imam Abu Hanifah: Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’al ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum diciptaArasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”. Tamat terjemahan daripada kenyatan Imam Abu Hanifah dari kitab Wasiat beliau.

Amat jelas di atas bahawa akidah ulama Salaf sebenarnya yang telah dinyatakan oleh Imam Abu Hanifah adalah menafikan sifat bersemayam(duduk) Allah di atas Arasy.

Semoga Mujassimah diberi hidayah sebelum mati dengan mengucap dua kalimah syahadah kembali kepada Islam.

Wahhabi Sembah Kubur Ibnu Taimiah (berbukti)


Kubur Ibnu Taimiah Yang Menjadi Tempat Khas Sembahan Agama Wahhabi & Tempat Perubatan Sakit Mata.

WAHHABI DAN PENGIKUT AJARAN IBNU TAIMIAH DAN JUGA MEREKA YANG FANATIK TERHADAP IBNU TAIMIAH MENYEMBAH KUBUR IBNU TAIMIAH WAKTU YANG SAMA MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM YANG MENZIARAHI KUBUR NABI MUHAMMAD

Ramai dikalangan ulama-ulama Islam sufi yang sebenar melakukan ziarah ke maqam-maqam tidak bertujuan menyembah kubur tetapi mereka menyembah Allah. Atas alasan ini Wahhabi menghukum ulama-ulama sufi sebenar dan menghukum seluruh umat Islam yang menziarahi kubur sebagai kafir musyrik halal darahnya. Amat menyedihkan Wahhabi dan pengikut Ibnu Taimiah sendiri waktu yang sama menyembah kubur guru mereka Ahmad bin Taimiah yang diangkat oleh Wahhabi sebagai Syeikhul Islam pilihan Tuhan kononnya.



Di dalam kitab pengikut Ibnu Taimiah yang berjudul:
الرد الوافر على من زعم بان من سمى ابن تيمة شيخ الاسلام كافر
Ar-Roddul Wafir 'Ala Man Za'ama Bianna Man Samma Ibna Taimiah Syeikhul Islam Kafir,
Karangan pengikutnya bergelar Ad-Dimasyqi yang mana kitab tersebut telah ditahkik oleh seorang Wahhabi bernama Zuhair Syawish dan kitab tersebut juga diperakui oleh seluruh tokoh-tokoh Wahhabi tertera di dalamnya amalan yang dianggap oleh mereka (Wahhabi) sebagai Mu'jizat dan Karamat Ibnu Taimiah dan keharusan menyembah kubur Ibnu Taimiah tidak pada menziarahi maqam ulama lain.

Pada mukasurat 136 dalam kitab tersebut pengikut Ibnu Taimiah menyatakan (teksnya&Sila rujuk scan di atas) :
لآخذن من تراب قبر ابن تيمية فلأكحلها به
فانه طال رمدها ولم يفد فيها الكحل
فجئت الى القبر ، فوجدت بغدادياً قد
جمع من التراب صررا
فقلت : ما تصنع بهذا ؟؟؟
قال : اخذته
لوجع الرمد أكحل به ـ أولاداً لي
فقلت : وهل ينفع ذلك ؟
فقال : نعم
وذكر انه جربه
فازددت يقينا فيما كنت قصدته فأخذت منه، فكحلتها وهي نائمة فبرأت


Kenyataan pengikut Ibnu Taimiaah yang diperakui oleh seluruh Wahhabi itu bermaksud:

""" (Al-Batoihi AlMizi:seorang pengikut Ibnu Taimiah)berkata Aku akan mengambil dari tanah kubur Ibnu Taimiah dan dengan tanah kubur itu aku akan mencelakkannya (meletakkan di dalam mata)Sesungguhnya anak perempuanku telah lama sakit mata dan aku telah mengunakan pelbagai ubat celak, kemudian aku pergi ke kubur Ibnu Taimiah dan aku dapati seorang lelaki berbangsa Baghdad (pengikut Ibnu Taimiah) sedang mengumpul tanah kubur Ibnu Taimiah itu secara tersusun kemudian aku bertanya:"Apa yang kamu lakukan?" lelaki itu menjawab: "Aku mengambil tanah kubur Ibnu Taimiah ini untuk mengubati mata anak-anak aku dengan cara mencelaknya dengan mengunakan tanah kubur Ibnu Taimiah ini". Maka aku bertanya: "Adakah ia memberi tanah kubur Ibnu Taimiah ini memberi manfaat dan penyembuhan atas segala penyakit termasuk penyakit mata itu?" lalu lelaki Baghdad tadi menjawab: "Ya, ianya amat memberi penyembuhan dan kemanfaatan" dan lelaki itu memberitahu bahawa dia pernah mencubanya. Maka dengan itu aku bertambah yakin dengan tujuan aku untuk mengambil tanah kubur Ibnu Taimiah bagi tujuan perubatan (sembahan)kemudian aku mengambil tanah kubur Ibnu Taimiah itu dan aku membawa pulang pada ketika anak perempuan aku tidur aku letakkan tanah kubur Ibnu Taimiah tadi kedalam mata anak aku dan anak aku terus sembuh dari penyakit matanya""".
Tamat kenyataan pengikut Ibnu Taimiah.

Saya (Abu Syafiq) menyatakan: Lihatlah bagaiman pengikut Ibnu Taimiah kesemuanya menyembah kubur Ibnu Taimiah termasuk kepelikan DrMaza yang menganggap Ibnu Taimiah adalah Syeikhul Islam yang dipilih oleh Allah secara langsung. Dalam kitab pengikut Ibnu Taimiah di atas tadi jelas menunjukkan mereka (Wahhabi) menyembah dan menjadikan tanah kubur Ibnu Taimiah sebagai Tuhan mereka. Buku tersebut di akui oleh seluruh Wahhabi didunia ini dan Wahhabi menghalalkan amalan menyembah kubur Ibnu Taimiah dan menjadikan tanah kubur Ibnu Taimiah sebagai ubat yang paling mujarab khususnya penyakit mata. Patutle ramai Wahhabi ada masaalah mata. Agaknya mereka taruk tanah kubur Ibnu Taimiah dalam mata mereka seperti telah jelas Wahhabi memperakui tanah kubur Ibnu Taimiah bagus untuk orang sakit mata.


MENGAPA RAMAI TOKOH WAHHABI MATANYA BUTA?

Soalan ini pembaca jawab sendirilah selepas membaca cara perubatan Wahhabi dengan mengunakan tanah kubur Ibnu Taimiah dimasukkan dalam mata sebagai amalan sembah Ibnu Taimiah 'tuhan' Wahhabi dan amalan mengubati menyakit mata Wahhabi. Kalau saya jawab depa marah kat saya pulak ini saya dah bawa bukti Wahhabi sembah kubur Ibnu Taimiah dan guna tanah kubur Ibnu Taimiah masuk dalam mata depa dari kitab dan buku Wahhabi sendiri. Hangpa pk2lah noh...




حدثنا هارون بن اسحاق الهمداني، أخبرنا عبدة بن سليمان عن هشام بن عروة، عن أبيه، عن عبد اللّه بن عمرو بن العاص قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: إن اللّه لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا “.رواه البخاري في كتاب العلْم و مسلْم



Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau رضي الله عنه di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau رضي الله عنه demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau ,رضي الله عنه. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau رضي الله عنه .

Beliau رضي الله عنه , seorang ulama yang semerbak harum namanya diserata dunia, terutama dikalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau رضي الله عنه diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau رضي الله عنه adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam) . Beliau رضي الله عنه adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau رضي الله عنه , ulama rabbani di abad ini. Beliau رضي الله عنه ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau رضي الله عنه seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau رضي الله عنه menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.


Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau رضي الله عنه di dalam syairnya:


Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya. Sedikitpun beliau tidak terlukai

Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya, namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya

Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar, yang telah memimpin umat ini dimasa silam


Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau رضي الله عنه pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku.



Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allamah al-Muhaddits al-‘Arifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maiki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Maliki @ Buya Maliki.

Kelahiran dan keturunan: Beliau رضي الله عنه dilahirkan dirumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.

Beliau رضي الله عنه bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu dari keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya keatas. Beliau رضي الله عنه berkata di dalam menzahirkan nikmat karunia itu:

سيد عالم أبي و جد، هكذا إلى المختار
Ertinya: Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seteusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih صلى الله عليه وآله وسلم, adalah penghulu dan orang ‘alim.


Beliau رضي الله عنه berkata lagi: Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua - Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftarrasmi Masjidilharam.

Keluarga beliau رضي الله عنه lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Maliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun (gambar sebelah). Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Maliki.





Pendidikan:
Beliau رضي الله عنه mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam. Beliau رضي الله عنه dikatakan sudah menghafal al-Quran diusia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.


Setelah itu beliau رضي الله عنه mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di Universiti al-Azhar dengan taqdir Muntaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.

Guru-guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya. Antaranya:




Ulama Mekah dan Madinah


  • Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)

  • Syaikh Muhammad Yahya Aman al-Makki al-Hanafi (1387H)

  • Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)

  • Syaikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)

  • Syaikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)

  • Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)

  • Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)

  • Syaikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)

  • Syaikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)

  • Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)

  • Syaikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki

  • Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq

  • Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar

  • Syaikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki

  • Syaikh Ahmad bin Yaasiin bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah

  • Syaikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah

  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai

  • Syaikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsaai

  • Syaikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti

  • Syaikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti

  • Syaikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qaadiri al-Madani (bermuar lebih daripada 100 tahun)

  • Syaikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi

Ulama Hadramaut/Yaman


  • Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith

  • Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-tarimi

  • Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab

  • Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos

  • Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf

  • Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad

  • Al-Habib “Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qaadhi

  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syaikh Abi Bakar bin Salim

  • Al-Habib ‘Ali bin Salim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos

  • Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani

  • Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,

  • Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.

  • Syaikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi

  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman

  • Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani

  • Al-Mu’ammar Buhaanuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz




Ulama Mesir


  • Syaikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)

  • Syaikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)

  • Syaikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar

  • Syaikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri

  • Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aquuri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syaikh Ibrahim al-Baajuuri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar dari al-Amir al-Kabir

  • Syaikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyuun al-Azhari al-Khalwati

Ulama Indonesia


  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurramhan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang

  • Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur

  • Al-Habib Hamid bin Muhammad bin Salim as-Sari

  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad

  • Al-Habib Syaikh bin Salim bin ‘Umar al-‘Atthos

  • Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim

  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos

  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar

  • Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos

  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos

  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos




Ulama Syam


  • Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq

  • Syaikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi

  • Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`

  • Syaikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi

  • Syaikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab

  • Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie

  • At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syaikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Aabidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam

Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)


  • Syaikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi

  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi

  • Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi

  • Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani

  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi

  • Syaikh al-Faaruaqi bin ar-Rahaali al-Marakeshi

  • Syaikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyuur at-Tunisi

  • Syaikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahaaji al-Jazaairi

Ulama Hind (India) dan Pakistan


  • Syaikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syaikhul Hadits di Sahaaranpuur

  • Syaikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shoobir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syaikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras

  • Syaikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banuuri, Syaikhul Hadits di Karachi

  • Syaikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yaasiin al-Utsmaani ad-Deobandi, Mufti Pakistan

  • Syaikh Zafar Ahmad al-Utsmaani at-Tahaanawi al-Hind

  • Syaikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi

  • Syaikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syaikhul Hadits di Deoband

  • Syaikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi

  • Syaikh al-Mufti Mahmud bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani

  • Syaikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh

  • Syaikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh

  • Syaikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri

  • Syaikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barilawi al-Hind

  • Syaikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidaraabaad

Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau رضي الله عنه pernah mengatakan:


أنا ابن المذاهب الأربعة
Ertinya: Aku nak kepada empat mazhab. Yakni, beliau رضي الله عنه menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.



Mengajar: 3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu, bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:


  • Syaikh Hasan bin Muhammd al-Masyaath

  • Syaikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji

  • Syaikh ‘Abdullah Dardum

  • Syaikh Zakaria Bila

  • Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi

  • Syaikh Muhammad Nur Saif

  • Syaikh Ismail Utsman Zain dan

  • Syaikh Ibrahim al-Fathoni



Tempat beliau mengajar di Masjidilharam yang diwarisi dari ayahnya, Sayyid 'Alawi

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bungur. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyaikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau رضي الله عنه mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid, beliau رضي الله عنه tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.


Menghasilkan karya: Beliau رضي الله عنه menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

Di bidang aqidah:


  • مفاهيم يجب أن تصحح

  • منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق

  • هو الله

  • قل هذه سبيلي

  • التحذير من المجازفة في التكفير

  • الغلووأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع

  • تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال

  • شرح عقيدة العوام – Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.

Di bidang tafsir:


  • وهو بالأفق الأعلى

  • زبدة الإتقان

  • القواعد الأساسية في علوم القران

Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:


  • أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك

  • تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم

  • المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف

  • القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث

  • الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد

  • العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد

  • العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية (kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)

Di bidang ushul fiqih:


  • القواعد الأساسية في أصول الفقه

  • شرح منطومة الورقات

Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:


  • الحج – فضائل وأحكام

  • في رحاب البيت الحرام

  • لبيك اللهم لبيك

Di bidang Sirah Nabawiyyah:


  • محمد الإنسان الكامل

  • الذخائر المحمدية

  • خصائص الأمة المحمدية

  • تاريخ الحوادث والأحوال النبوية

  • الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة

  • المدح النبوي بين الغلو والإنصاف

  • شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد

  • حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف

  • الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية

  • مولد الحافظ الديبعي (beliau mentahqiqkan kitab ini)






Di bidang zikir dan amalan kerohanian:



  • أبواب الفرج

  • شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار

  • الحصون المنيعة

Di bidang pelbagai ilmu:


  • أدب الإسلام في مظام الأسرة

  • صلة الرياضة بالدين

  • كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة

  • القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله

  • المستشرقون بين الإنصاف والعصبية

  • مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية

  • ماذا في شعبان



Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:


  • مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

  • نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

  • فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني (Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

Setahun sebelum kewafatannya, beliau رضي الله عنه diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerjanya berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

Pada tanggal 11 Dzulqaidah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.




Pengiktirafan: Sumbangan beliau
رضي الله عنه di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau رضي الله عنه telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.

Perhatian Ulama Kepada Karangannya - Kitab Mafahim: Sebuah kirab karangan beliau yang paling terkenal dimana lebih dari 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab tersebut. Antaranya:


· Fadhilatusy Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;


· Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi


· Syaikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;


· Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah


· Fadhilatul Faqih al-Mufti Syaikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim


· Syaikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;


· Samahah al-Imam al-‘Allamah al-‘Arifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut (sekarang menetap di Jeddah);


· Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;


· Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;


· Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;


· Sayyid Yusuf Hasyim ar-Rifa`I, Kuwait;.


· Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;


· Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;


· Syaikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;


· Syaikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar’ie;


· Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Muhaqqiq al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;


· Al-‘Allamah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banaani - Mauritania;


· Al-‘Allamah Syaikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Aduud) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;


· Al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;


· Al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;.


· Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;


· Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;


· Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syaikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;


· Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;


· Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;


· Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;


· Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan ;


· Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;


· Syaikh Nafis al-Husaini - Pakistan;


· Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;


· Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;


· Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;


· Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;.


· Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain


· Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;


· Syaikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;


· Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;


· Syaikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;


· Syaikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;


· Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;


· Syaikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;


· Syaikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;


· Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;


· Syaikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hadidah


· Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;


· Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.


· Syaikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid - Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir


· Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar


· Al-‘Allamah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar


· Syaikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.



Keperibadiannya: Beliau رضي الله عنه seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.




Abuya Berceramah Mengenai Maulidur Rasul

Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan kewafatan beliau. Beliau رضي الله عنه wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebih daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.


Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir 300,000 pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh puluhan ribu, bahkan mungkin jutaan manusia yang berada di Masjidilharam dengan diimamkan oleh Imam Subayl.


Kemudian jenazahnya diiringi oleh lautan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, sambil melaungkan kalimah tahlil dan takbir. Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kenderaan dek kerana dilimpahi oleh ratusan ribu pencintanya. Dikatakan lebih 500 orang tentera dikerah untuk mengawal lautan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. Jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya yang tercinta. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. ini bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Satu kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini. Setelah kewafatannya, tempat beliau diganti oleh ananda beliau Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani.


Perginya beliau رضي الله عنه tiada gantinya. Hadits memberitahu …. Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim (Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.

Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari Datuknya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Itulah harapan ambo yang faqir ini.

أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة

Kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.

*******************

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.
Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.

الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني



Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-Faqir memohon kemaafan.

Sekian dari,
Al-Faqir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
Selesai pada 11 Ramadhan 1430H.

Rujukan:

· Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani

· Al-‘Iqdul Fariid al-Mukhtasor Min al-Atsbaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani

· Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki [buku ini sangat bagus untuk dimiliki kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)

· Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.

· Dan lain-lain